Thursday, January 15, 2015

Jibril a.s. Guru Al-Quran Nabi s.a.w.



Kali pertama Jibril a.s mengajar Nabi s.a.w. bacaan Al-Quran adalah ketika berada di Gua Hira pada 17 Ramadhan. Surah pertama yang dipelajari adalah surah Al-Alaq ayat 1-5. Jibril a.s. menyuruh Nabi s.a.w membaca dengan arahan "bacalah". Nabi s.a.w menjawab, "Aku tidak tahu membaca". Ia dilakukan sebanyak 3 kali sehingga Jibril a.s. membacakan surah Al-Alaq dengan sempurna.

Nabi s.a.w. menyemak bacaan dengan Jibril a.s. setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan seperti yang disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya:
"Adalah (Jibril a.s.) mengemukakan kepada Nabi SAW bacaan Al-Quran sekali pada setiap tahun (iaitu pada bulan Ramadhan). Maka pada tahun baginda wafat, dikemukakan kepadanya 2 kali. Adalah Nabi SAW beriktikaf 10 hari setiap tahun (iaitu pada bulan Ramadhan). Maka pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf 20 hari. (HR Bukhari).

P/S: Untuk belajar mengaji Iqra' dan Al-Quran di rumah 2015 sekitar Selangor & Kuala Lumpur, boleh klik Soal Jawab atau atau layari page ini atau boleh hubungi (call/sms/whatsapp) Ustaz Asrul 017-633 60 16.





No comments:

Post a Comment